Bank Artikel

Kereta Sewa Mergong Alor Setar

Mergong merupakan kawasan perindustrian yang pesat membangun seiring dengan pembangunan di sekitar pusat bandar Alor Setar. Bandar mergong mempunyai pelbagai jenis kemudahan dan ianya terletak betul-betul di tengah pusat bandar Alor Setar yang dihubungkan dengan jaringan jalanraya termasuklah jalan negeri dan Bandar Mergong ini boleh diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan PLUS. Mempunyai kemudahan prasarana yang cukup lengkap, contoh seperti bangunan pejabat, lot-lot kedai, kilang, restoran makanan dan juga pasaraya besar. Kemudahan awam seperti sekolah, rumah ibadat, sektor perbankan juga mudah didapati di kawasan Mergong. Servis pengangkutan awam, perkhidmatan teksi dan kereta sewa juga begitu mudah dan senang didapati. Ini dapat merancakkan lagi sektor ekonomi di kawasan Mergong dan sekitar kawasan yang berhampiran.

Rata-rata pengusaha Kereta Sewa Mergong Alor Setar kebanyakkannya mereka adalah Bumiputera dan berdaftar. Ada juga syarikat-syarikat kereta sewa yang berskala besar dan mempunyai rangkaian serta cawangan hampir di setiap negeri, dan kebanyakkan mereka ini beroperasi berhampiran dengan lapangan terbang / airport. Target pelanggan utama mereka adalah golongan para pelancong dari luar mahupun dalam negara. Rata-rata mereka yang menyewa kereta ini selalunya akan sewa dalam tempoh yang agak lama, berbanding dengan customer kereta sewa tempatan. Pelbagai jenis kereta sewa yang disediakan seperti kereta jenis kompak, sedan, mpv mahupun van sewa. Kadar harga sewa adalah serendah RM90 sehari bagi jenis kereta kompak. Manakala kereta sedan bermula pada harga RM120 sehari, MPV RM180 dan van pada harga sewa RM350 sehari. Untuk senarai lengkap harga sewa kereta sewa Mergong Alor Setar, sila rujuk harga sewa.

DNZ Car Rental merupakan antara syarikat kereta sewa Mergong Alor Setar yang sudah lama beroperasi di sekitar kawasan Mergong dan juga Alor Setar. Mula beroperasi pada tahun 2017 secara kecil-kecilan sehinggalah sekarang. Bermula sebagai ejen tempahan secara part time sehinggalah mampu beroperasi sendiri. Pelbagai jenis platform marketing yang digunakan bagi mempromosikan servis kereta sewa sekitar Mergong. Bagi mereka yang ingin mencari kereta sewa di sekitar area Mergong, boleh melayari laman website DNZ Car Rental melalui carian di Google Search ataupun Google Listing dan sebagainya. Ataupun bagi mereka yang ingin datang terus ke pejabat urusan, bolehlah datang ke Terminal Shahab Perdana yang terletak di pusat bandar Alor Setar.