Kereta Sewa Kuala Kedah

Kuala Kedah sudah tidak asing lagi bagi mereka yang ingin gemar mencari makanan laut seperti kerang, udang laut, ketam dan sebagainya. Terdapat banyak pasar pagi yang turut menjual ikan, makanan laut yang segar-segar dan banyak yang dijual secara borong oleh para nelayan terus dari bot. Manakala mereka yang ingin mencari bahan-bahan berasaskan hidupan laut seperti ikan bilis, belacan, keropok ikan dan macam-macam lagi, bolehlah datang ke Kuala Kedah. Selain itu, bagi mereka yang gemar masakan seafood, Kuala Kedah merupakan tempat pilihan utama kerana terdapat begitu banyak kedai, restoran makanan laut yang boleh disinggah dan makan di situ. Pelbagai menu masakan laut seperti siakap 3 rasa, ikan merah panggang bakar, sup ketam dan sebagainya. Yang pastinya, rasa keenakan isinya yang segar sudah pasti mampu membuat para tetamunya untuk datang lagi ke Kuala Kedah. Pasti !!!

Jarak perjalanan antara Kuala Kedah dengan Alor Setar adalah sekitar 12-13KM. Ianya mengambil masah hanya 15minit sahaja untuk sampai dan ianya boleh diakses dengan menggunakan perkhidmatan awam seperti teksi, grab mahupun dengan bas. Bagi mereka ataupun para pelawat yang ingin datang ke Kuala Kedah, bolehlah menggunakan perkhidmatan kereta sewa kuala kedah yang disediakan oleh DNZ Car Rental. Pelbagai jenis kenderaan sewa yang ada, dari kereta berjenis kecil/kompak, sedan, mpv sehinggalah kenderaan besar seperti Vellfire, Starex mahupun van. Kadar sewa yang dikenakan adalah serendah RM120/hari bagi kereta sewa Perodua Axia Auto. Manakala kenderaan MPV serendah RM180/hari bagi Perodua Alza Auto. Bagi mereka yang ingin menyewa kenderaan yang banyak tempat duduk, merekaboleh memilih samada vellfire, starex mahupun van. Harga sewa serendah RM350/hari mengikut jenis kenderaan yang hendak disewa.

Jeti Kuala Kedah sering digunakan oleh para pelancong dari dalam & luar negara untuk pergi ke Pulau Langkawi. Ia juga digunakan sebagai alternative selain menggunakan jeti Kuala Perlis untuk ke Pulau Langkawi. Di Kuala Kedah, terdapat ramai pengusaha kereta sewa, van sewa dan sebagainya. Pasaran permintaan kereta sewa di Kuala Kedah agak tinggi, mungkin disebabkan jarak dari Kuala Kedah terus ke Pulau Langkawi dapat dipendekkan lagi berbanding mereka yang perlu ke Jeti Kuala Perlis. Bagi orang ramai diluar sana yang ingin mencari kereta sewa sekitar Kuala Kedah, mereka boleh menggunakan carian Google dan taip “kereta sewa kuala kedah” di dalam kotak search. Dan mereka akan mendapati senarai list top 10 website di paparan carian Google. Untuk memudahkan urusan para pelanggan kereta sewa, mereka boleh membuat tempahan kereta sewa secara online ataupun terus menghubungi nombor yang teretera di dalam website dan sebagainya.