Bank Artikel

Kereta Sewa Anak Bukit

Anak bukit merupakan sebuah bandar diraja di negeri Kedah dan terletak di daerah Kota Setar. Di sini terdapatnya Istana Anak Bukit dan juga merupakan sebahagian bagi penempatan kaum kerabat diraja Negeri Kedah. Merupakan daerah yang membangun kerana terletak bersebelahan dengan bandaraya Alor Setar. Penempatan yang “low density” , tidak terlalu sibuk dan mempunyai jaringan jalanraya merentasi utara-selatan Kedah. Masih wujud lagi suasana kampung di Anak Bukit Kedah ini. Aktiviti ekonominya yang terdiri dari perniagaan runcit, restoran makan, kedai & gerai kecil, pesawah dan sebagainya. Masih wujud lagi pasar tani (pagi / petang / malam) bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi di Anak Bukit.

Dari segi kemudahan pengangkutan, masih ada lagi perkhidmatan bas, teksi mahupun kereta sewa di Anak Bukit. Antara pengusaha kereta sewa Anak Bukit adalah DNZ Car Rental. Menyediakan pelbagai kemudahan kenderaan sewa, samada kereta sewa, mpv dan juga van sewa. Kereta sewa mewah pun disediakan bagi memenuhi permintaan seperti majlis perkahwinan, rombongan VIP, fotoshoot dan sebagainya. Syarikat kereta sewa ini juga menerima tempahan sewa harian, mingguan dan juga bulanan. Sekiranya ada syarikat yang mencari kereta sewa secara kontrak tahunan, DNZ Car Rental pun ada menyediakannya mengikut terma dan syarat yang dipersetujui. Antara kereta sewa yang ada adalah seperti:

  1. Perodua Viva
  2. Perodua Axia
  3. Perodua Myvi
  4. Perodua Bezza
  5. Perodua Mpv Alza
  6. Proton Exora
  7. Vellfire
  8. Starex
  9. Van Hiace

Bagi pelanggan diluar sana yang ingin kereta sewa selain dari model diatas, pihak syarikat kereta sewa anak bukit akan cuba mendapatkan model & jenis kereta sewa yang dikehendaki dari pengusaha kereta sewa yang lain menerusi jalinan kerjasama yang ada. Terdiri dari rakaniaga & pengusaha kereta sewa di seluruh Kedah dan Semenanjung Malaysia. Bagi mereka yang berminat untuk sewa kereta di sekitar Anak Bukit Kedah, sila hubungi nombor yang tertera di page Hubungi Kami di atas.