Kereta Sewa Alor Setar
Bandaraya Alor Setar merupakan pusat bandar bagi negeri Kedah Darul Aman dan dianggap sebagai salah satu bandar yang penuh dengan ciri kebudayaan Melayu. Bandaraya Alor Setar merupakan salah satu bandar yang unik di Malaysia kerana sektor pekerjaan awam kerajaan dan sektor swasta beroperasi dari Ahad hingga Khamis setiap minggu. Begitu juga sesi persekolahan rendah mahupun menengah turut beroperasi pada hari yang sama. Hari jumaat dan sabtu merupakan hari cuti, dan amat sesuai untuk mengerjakan solat Jumaat tanpa perlu memikirkan lagi perihal kerjaya dan sebagainya. Hari Sabtu boleh digunakan seisi keluarga untuk berehat di rumah atau digunakan untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan Alor Setar. Bagi yang memerlukan kereta sewa untuk pergi bersiar-siar di sekitar Alor Setar, DNZ Car Rental selaku penyedia perkhidmatan kereta sewa Alor Setar mampu memberikan anda pelbagai jenis kereta sewa pada kadar sewa yang berpatutan.
Harga Kereta Sewa Alor Setar Serendah RM60 Sehari
Ya..!!! Memang betul, harga kereta sewa serendah RM60 sehari bagi mereka diluar sana yang menyewa bagi tempoh 1bulan dan keatas. Contoh harga kereta sewa bagi Axia auto adalah RM120 sehari. Akan tetapi sekiranya para pelanggan menyewa kereta sewa itu untuk tempoh masa yang lama seperti 30hari @ 1bulan, kadar harga sewa yang dikenakan adalah bersamaan RM60sehari atau total RM1800 bagi tempoh 1bulan. Murah kan…!!! Bagi mereka yang tidak mampu untuk membayar pinjaman bulanan di bank atau disebabkan nama sudah kena blacklist/ccris maka pilihan kereta sewa adalah amat sesuai sekali bagi membolehkan mereka merasai pengalaman memandu kereta sendiri. Pelbagai jenis kereta sewa alor setar sediakan seperti kereta kompak, sedan mahupun MPV. Harga sewa bermula dari RM120 sehingga RM700 bergantung kepada jenis kereta sewa yang dipilih. Bagi mereka yang tidak ingin memikirkan akan soal penyelenggaraan kereta, pilihan kereta sewa adalah amat tepat.
Pilihan Jenis Model Kereta Sewa Alor Setar Yang Ada
Bagi memenuhi permintaan kereta sewa di Alor Setar, DNZ Car Rental ada menyediakan kereta sewa bersaiz kompak seperti viva, axia dan myvi. Bagi kereta sewa yang bersaiz sedan,turut ditawarkan adalah seperti saga,vios dan juga honda city. Bagi para pelanggan yang memerlukan kereta sewa yang lebih besar, kereta sewa MPV seperti alza, exora dan vellfire turut disediakan bagi memudahkan para pelanggan kereta sewa membuat pilihan. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM100-RM700 sehari.
Tempat-Tempat Shopping Oleh Team Kereta Sewa Alor Setar
Di sekitar kawasan Alor Setar sahaja, terdapat begitu banyak sekali tempat-tempat menarik yang anda boleh berkunjung dan lawati. Bahi kaki shopping, tempat yang wajib mereka lawati adalah Pekan Rabu. Para pengunjung boleh mendapatkan pelbagai jenis barangan tempatan, kraftangan, pakaian, makanan dan minuman dan sebagainya. Di sini, barangan yang sering menjadi tarikan dan harus dibawa pulang nanti adalah seperti baju kurung kedah, ikan pekasam, alatan kraftangan dan bermacam jenis lagi barangan tempatan. Bagi di waktu malam pula, tempat yang sering menjadi tumpuan orang ramai ialah Uptown Jalan Stadium. Di sini pelbagai jenis barangan dijual seperti pakaian, beg tangan, kasut, jersi dan sebagainya. Kualiti barangan yang ditawarkan adalah begitu tinggi pada kadar harga yang berpatutan. Menurut salah seorang ahli team kereta sewa alor setar terdapat satu pekan cina lama yang berada di tengah-tengah bandar alor setar yang sering menjadi tumpuan bagi mereka yang mencari ubat-ubat tradisional untuk penjagaan kesihatan.
Tempat-Tempat Makan Pilihan Krew Kereta Sewa Alor Setar
Sekiranya anda berjalan-jalan di sekitar Alor Setar dengan menggunakan kereta sewa, selain terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati, sudah tentu para pelanggan kereta sewa akan singgah makan dan minum bagi mengisi perut yang lapar itu! Area Alor Setar ini terdapat banyak tempat-tempat yang best bagi mereka yang gemar makan dan minum. Bagi yang mencari nasi kandar, sudah tentu Nasi Lemak Royale Kedah menjadi menu utama makan tengahari mahupun malam. Dengan aroma nasi lemak kuningnya yang panas beserta lauk-pauk sudah tentu dapat memberikan suatu pengalaman yang begitu indah dan menarik sekali. Bagi mereka yang tidak gemarkan makanan yang berat, tidak jauh dari bandar Alor Setar, terdapat satu kedai yang menjual laksa kuah ikan atau lebih dikenali dengan panggilan nama komesrsilnya iaitu Laksa Teluk Kechai. Tempat ini sering menjadi lokasi kegemaran krew kereta sewa alor setar sekiranya terdapat jadual penghantaran sekitar area Alor Setar. Dengan laksanya yang pejal dicampur dengan kuah isi ikan yang pekat, sudah tentu dapat memberikan suatu kelainan yang begitu asli.
Tempat-Tempat Menarik Pilihan Pelanggan Kereta Sewa Alor Setar
Sekiranya anda datang melancong di Alor Setar, sudah tentu terdapat tempat-tempat menarik yang bakal anda lawati. Dengan kemudahan kereta sewa yang ditawarkan, para pelanggan boleh menikmati perjalanan yang lebih lancar. Sebagaimana yang kita ketahui, negeri Kedah merupakan negeri yang hampir 70% daripada kawasannya meliputi tanaman padi dan diberi nama jolokan Negeri Jelapang Padi. Oleh itu, terdapatnya sebuah muzium padi dibina bagi menggambarkan keadaan suasana di negeri Kedah pada suatu ketika dahulu. Selain itu, sudah tentu anda pernah mendengar Masjid Zahir bukan? Masjid Zahir ini merupakan antara salah sebuah masjid yang tertua dia negara kita, mula dibina pada tahun 1912 dan ianya terletak betul-betul di tengah bandaraya Alor Setar. Tempat yang sering dikunjungi oleh para pelanggan kereta sewa alor setar adalah Menara Alor Setar. Ketinggian menara ini adalah 165.5 meter yang sudah semestinya menjanjikan kualiti permandangan yang begitu indah dan menarik merentasi sekitar area Alor Setar.
Testimoni Para Pelanggan Kereta Sewa Alor Setar Yang Berpuas Hati
Kepuasan para pelanggan adalah matlamat utama bagi sesuatu servis yang ditawarkan. Oleh itu, DNZ Car Rental amat menitikberatkan kepuasan para pelanggan kereta sewanya. Disamping menjaga kebersihan kereta-kereta sewa, servis penyelenggaraan kereta sewa secara berkala juga harus dijaga bagi memastikan kereta sewa yang diberikan kepada para pelanggan adalah selamat untuk digunakan. Kebanyakkan kereta sewa milik DNZ Car Rental adalah berusia dibawah 5tahun. Ini adalah bagi memastikan keadaan fizikal kereta sewa itu berada pada tahap optimum dan selesa untuk digunakan khususnya bagi perjalanan yang jauh. Rata-rata para pelanggan kereta sewa amat berpuas hati akan servis perkhidmatan kereta sewa yang ditawarkan. Segala komen yang diberikan amat bermakna bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kereta sewa alor setar di masa akan datang. Di bawah ini disertakan beberapa komen membina bagi perkhidmatan kereta sewa yang DNZ Car Rental tawarkan.
Booking Kereta Sewa Alor Setar Sekarang!
Bagi memudahkan para pelanggan membuat tempahan kereta sewa, mereka bolehlah melakukannya melalui tempahan secara online menerusi laman website rasmi DNZ Car Rental atau para pengguna boleh membuat Google Search dengan kata carian kereta sewa alor setar.
Kereta Sewa Alor Setar
EN. DNZ
013 954 0088
Whatsapp : klik sini (fast reply)