Bank Artikel

Kereta Sewa Alor Setar Kedah

Di masa pandemic covid 19 sedang melanda hampir di seluruh negeri dalam Malaysia, tidak terkecuali juga bagi negeri Kedah juga turut merasai kesan akibat covid-19 ini. Rata-rata ramai para usahawan & para peniaga kecil mahupun sederhana turut terkesan disebabkan wabak virus ini. Tak kira anda pengusaha kedai / restoran makanan, kedai bengkel kenderaan, taska tadika malahan pengusaha kereta sewa alor setar kedah pun juga turut terkesan dan mengalami kerugian bagi tahun 2020. Sebagai contoh, banyak kedai-kedai makan di sekitar alor Setar terpaksa ditutup akibat covid-19 ini. Pusat-pusat penjagaan bagi & kanak-kanak juga terpaksa ditutup bagi membendung penularan penyakit pandemic ini. Selagi tiada vaksin yang berkesan, selagi itulah kita sebagai rakyat akan hidup dalam keadaan norma baharu.

Sebagai pengusaha kereta sewa alor setar kedah pihak syarikat terpaksa merangka strategi plan marketing yang baru bagi membolehkan servis kereta sewa ini berjalan seperti biasa walaupun terpaksa mengikuti peraturan-peraturanyang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan. Tidak dinafikan lagi sektor pelancongan khususnya para pengusaha kereta sewa pada kali ini amat terkesan dengan covid-19, dengan moratorium bagi pinjaman bank bagi hire-purchase loan tidak dilanjutkan, ini menyebabkan ada di antara pengusaha kereta sewa sekitar Alor Setar kedah ini yang terpaksa memulangkan semula kereta-kereta sewa pajak, da nada juga yang menjual kereta-kereta mereka bagi menampung kos operasi bagi membolehkan servis kereta sewa mereka berjalan.

Pada tahun 2020 ini, rata-rata penyedia perkhidmatan kereta sewa alor setar kedah mengalami penyusutan bilangan customer kereta sewa sebanyak 40-60% berbanding dengan tahun lepas. Agak besar, mungkin disebabkan faktor kegunaan kereta sewa itu sendiri disebabkan wujudnya larangan merentas daerah / negeri.  Sebab antara sebab para pelanggan menyewa kereta adalah disebabkan untuk bergerak ke satu tempat, atau untuk travel jauh. Antara sebab lain ialah faktor kewangan. Ramai diantara kita yang sedang menghadkan perbelanjaan bagi menampung keperluan hidup untuk satu tempoh yang tidak dapat dipastikan bilanya akan berakhir pandemic covid-19 ini. Selagi boleh jimat, kita jimat dan cuba elakkan benda-benda yang tidak perlu.

Dan bagi mereka yang tinggal diluar sana atau yang berdekatan dengan kawasan Alor Setar khususnya, sekiranya masih memerlukan kereta sewa, bolehlah menghubungi krew atau wakil kereta sewa alor setar kedah, dan sekiranya ingin melihat dengan lebih detail lagi, silla layari pada web pageyang tertera di atas.