Saban hari, harga sesuatu barangan pasti akan naik ataupun turun. Tetapi kebanyakkannya akan naik seiring dengan masa. Barangan keperluan seperti beras, barang basah mahupun barang keperluan harian, pasti ada turun naiknya. Begitu juga dengan sektor perkhidmatan kereta sewa sekitar Alor Setar Kedah. Rata-rata para pengusaha kereta sewa tak kira syarikat kecil mahupun besar, harga kereta sewa merupakan perkara yang subjektif.
Ada di kalangan pengusaha kereta sewa di Alor Setar yang mengenakan harga sewa kereta serendah RM80 bagi kereta bersaiz kecil seperti Perodua Kelisa / Viva. Ia bergantung kepada keadaan fizikal kereta tersebut. Makin lama usia makin rendah kadar sewanya. Selain itu masih banyak lagi kereta jenis kompakyang beharga RM100 ke bawah, seperti Perodua Kancil, Proton Wira, Iswara dan sebagainya. Bagi DNZ Car Rental, kereta sewa paling murah ialah Perodua Viva manual yang beharga RM80 sehari. Rata-rata permintaan terhadap kereta sewa bajet atau kereta sewa murah agak tinggi di Alor Setar. Faktor gaji mungkin menjadi sebab kenapa kereta sewa jenis kompak ini sering mendapat tempahan berbanding dengan model kereta sewa yang lain.
Bagi senarai penuh jenis kenderaan dan harga kereta sewa Alor Setar yang terkini, boleh rujuk detail pada website ini. DNZ Car Rental mempunyai pelbagai jenis kenderaan sewa bermula dari kereta sewa bersaiz kecil sehinggalah besar, seperti vellfire, starex mahupun van. Semuanya disediakan bagi memenuhi permintaan khususnya orang Alor Setar. Rata-rata para pelanggan kereta sewa kami terdiri daripada orang awam, pekerja swasta dan ada juga yang datang dari badan-badan kerajaan mahupun syarikat swasta diluar sana. Dari segi tempahan kereta sewa pulak, ada yang sewa secara harian, ada yang sewa secara mingguan. Bagi syarikat luar, ada yang sewa secara bulanan / kontrak sehingga berbulan lamanya. Rata-rata syarikat yang datang, mereka ini lebih suka menyewa daripada membeli terus kenderaan.
Sekiranya terdapat permintaan yang khusus, yang memerlukan kenderaan yang khusus, sekiranya syarikat kereta sewa kami tidak mempunyai model kenderaan tersebut, kami akan cuba dapatkan model tersebut daripada pengusaha-pengusaha kereta sewa yang lain. Di sinilah jalinan kerjasama & usahasama terbentuk diantara pengusaha-pengusaha kereta sewa sekitar Alor Setar demi memastikan para pelanggan kereta sewa dapat menyewa kenderaan yang mereka perlukan.