Sewa Kereta Alor Setar

sewa kereta alor setar

Perkhidmatan sewa kereta alor setar semakin hari semakin mendapat perhatian dan sambutan yang tinggi di kalangan para penduduk setempat, warga Alor Setar Kedah mahupun bagi yang duduk berdekatan dengannya. Perkhidmatan kereta sewa ini sedikit sebanyak mampu menjana pendapatan ekonomi setempat di mana bagi mereka yang bekerja dan dalam masa yang sama mengalami masalah pengangkutan seperti kereta rosak, eksiden dan sebagainya boleh menggunakan kereta sewa ini sebagai pengganti bagi kenderaan mereka bagi tempoh tertentu sehinggalah kenderaan mereka siap sepenuhnya. Rata-rata kadar harga kereta sewa yang ditawarkan adalah berpatutan. Antara contoh kadar sewa bagi kereta sewa axia auto adalah antara RM100 – RM120 sehari.

Menjelang Ogos 2017, DNZ Car Rental melalui jenamanya sendiri akan membuka cawangan Sewa Kereta Alor Setar bagi menampung permintaan yang tinggi bagi perkhidmatan kereta sewa ini. Sebagai permulaan, syarikat ini akan menjalinkan kerjasama secara networking terlebih dahulu dengan beberapa buah syarikat kereta sewa tempatan yang sedia ada bagi memudahkan DNZ Car Rental Branch Alor Setar meneliti dan mengkaji secara keseluruhan pemasaran dan juga permintaan kereta sewa di sekitar Alor Setar. Kerjasama networking ini adalah perlu bagi memastikan kelancaran operasi bisnes kereta sewa di Alor Setar ini dan juga bagi kawasan-kawasan sekitarnya. Daerah Kota Setar ataupun lebih dikenali Alor Setar sahaja sudah ada 4 – 5 buah syarikat kereta sewa tempatan yang sudah lama menjalankan perkhidmatan kereta sewa ini.

sewa kereta alor setarIni menunjukkan terdapatnya permintaan akan perkhidmatan Sewa Kereta Alor Setar ini dan ini menunjukkan potensi bisnes ini mampu berkembang seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang sedang berkembang pesat di sekitar Alor Setar Kedah. Di daerah Alor Setar ini juga sudah terdapat banyak kemudahan hotel, homestay dan sebagainya yang membolehkan perkhidmatan kereta sewa ini dapat dijalankan di sini. Kedah juga mempunyai pelbagai jenis tarikan pelancongannya yang tersendiri dan ini sudah cukup baik bagi para pengusaha kereta sewa di sini. Bagi yang ingin berjalan-jalan ataupun bercuti di Alor Setar Kedah, bolehlah mencuba perkhidmatan kereta sewa yang ditawarkan oleh DNZ Car Rental Branch Alor Setar dengan harga yang berpatutan dengan menghubungi no telefon yang tertera di sebelah kanan website ini.

Comments are closed.

Designed by DNZ Advertising